Sabarlah

By Altimet

On Amboi

Released on November 28, 2016

Thumbnail

[Intro: Customer Service]

Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Ahmad? OK Encik Ahmad, menurut rekod kami akaun Encik Ahmad ada tunggakkan lah. Dah 2 bulan dah ni. Rasanya bila Encik Ahmad boleh jelaskan?


[Verse 1: Altimet]

Akak, bukan taknak bayar

Tapi saya harap pihak akak boleh sabar

Bagi saya beli makan dulu, kami lapar

Ini serius cakap bukan nak lawak hambar

Kalau akak nak potong baiklah potong

Minta maaf macam Aidilfitri, kosong-kosong

Tapi kalau akak boleh tolong, tolong, tolong

Dah bertahun saya melanggan, saya sokong

Kalau takda khidmat syarikat ini tak mati

Hidup tetap hidup susah sikit sakit hati

Kesian akak kerja kejar kami hari-hari

Call nombor ini lagi

Saya takkan lari

Saya janji


[Chorus: Amir Jahari]

Pernah ku rasa susah begini

Hadapi semuanya penuh sabar

Cintai dirimu sendiri dulu

Baru kau rasa, cinta darinya

Sabarlah

Sedikit saja


[Verse 2: Altimet]

Mama, aku lihat kamu

Jual kuih cari makan demi anakmu

3 budak nakal adik-adik campur aku

Seluar sekolah senteng beli baru, tak mampu

Sedih perit semua kamu simpan dalam hati

Garang marah capai rotan kami 3 lari

Berleter berbakul-bakul, berkati-kati

Tapi kamu contoh kami belajar berdikari

Andai kata esok lusa aku takde lagu

Mana tahu esok lusa nama dah tak laku

Aku boleh mula usaha lain hidup baru

Tunjuk ajar aku punya sifu, mama aku


[Chorus: Amir Jahari]

Pernah ku rasa susah begini

Hadapi semuanya penuh sabar

Cintai dirimu sendiri dulu

Baru kau rasa, cinta darinya

Sabarlah

Sedikit saja


[Verse 3: Altimet]

Berikan aku kekuatan nak berhadapan dengan tekanan dan tangankan ujian yang telah kau kurniakan (Yang telah kau kurniakan)

Jangan kurangkan bebanan tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran

Aku janji akan aku akalkan (Akan ku akalkan, hey)


[Chorus: Amir Jahari]

Pernah ku rasa susah begini

Hadapi semuanya penuh sabar

Cintai dirimu sendiri dulu

Baru kau rasa, cinta darinya

Sabarlah

Sedikit saja


[Outro: Amir Jahari]

Bersabarlah

Bersabarlah

Sedikit saja